Tuesday, September 25, 2018

Mahasiswa petani minggu 2

Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada pengunjung blog ini. Hari ini sambungan untuk minggu kedua dalam perkongsian tentang pertanian.

Seperti biasa pagi ini semua pelajar diberi taklimat mengenai baja NPK oleh En Faris. En Faris telah menerangkan tentang baja NPK adalah untuk membaiki tanah supaya tanah tersebut lebih subur. Pembajaan yang sesuai adalah pada waktu pagi atau dua jam sebelum siraman air supaya baja tersebut dapat meresap dengan baik ke dalam tanah tersebut.

Unsur-unsur yang terdapat di dalam baja NPK :

1. Natrium : unsur ini berfungsi untuk pembesaran daun dan berguna untuk pembesaran tumbuhan
2. Phosporus: unsur ini penting untuk pembesaran dan perkembangan akar yang sihat untuk mendapatkan nutrien penting.
3. Kalium : unsur ini sangat penting dalam tumbesaran pokok termasuk bunga dan  buah.






Baja yang sesuai bagi satu batas yang berukuran 5x12 adalah satu pot besar baja diperlukan dan perlu dituang sama rata di atas batas tersebut. Baja tersebut perlu diratakan dan digemburkan  supaya baja dapat merasapi ke dalam tanah dengan baik.






Setelah selesai aktiviti pembajaan dan pengemburan tanah kami diajar cara penggunaan racun yang betul. Racun tersebut perlu dibancuh terlebih dahulu dan perlu disembur di sekeliling batas dan pastikan semua tempat kena racun tersebut. Racun sangat penting untuk menghalang serangan serangga seperti semut yang memakan biji benih yang ditanam.



Beberapa hari kemudian, kami datang semula ke ladang untuk proses semaian biji benih. Proses meracun dan semaian tidak boleh dilakukan pada hari yang sama kerana racun merupakan bahan yang panas dan boleh merosakkan biji benih.

Untuk memulakan proses penanaman biji benih, pastikan permukaan tanah tersebut diratakan terlebih dahulu. Selepas itu, buat 4 alur di atas tanah tersebut untuk menanam biji benih dengan kedalaman yang bersesuaian agar biji benih mudah keluarkan tunas. Jarak alur mestilah tidak terlalu rapat untuk mengelakkan persaingan di antara biji benih.




Cara semaian biji benih ialah 1:10. 1 bekas biji benih bersamaan 10 bekas pasir. Biji benih mesti digaul menggunakan pasir bagi menjarakkan antara satu sama lain.





Selepas proses semaian siap dilakukan, kami memasang sungkupan pada batas. Sungkupan berfungsi untuk melindungi biji benih daripada serangan serangga perosak, burung dan air yang laju. Sungkupan boleh dibuat menggunakan jaring hitam. Contohnya bila hujan, jaring tersebut dapat menghalang air untuk jatuh terus ke atas biji benih lalu mengubah kedudukan asal biji benih mengikut arus air.



Tuesday, September 18, 2018

Mahasiswa petani minggu 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi kerana kami berempat dapat menggerakkan satu kumpulan dalam menghasilkan blog ini. Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan tahniah kepada semua pelajar kerana dapat melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Malaysia. Dalam pertemuan ini, kami berjaya menghasilkan blog yang merupakan satu platform untuk berkongsi maklumat serta berkongsi pengalaman sepanjang kami menjalankan tugasan kursus pembiakkan dan pengurusan tanaman. 






Terlebih dahulu kami akan memperkenalkan ahli-ahli yang akan menggerakkan blog ini, bak kata pepatah “tak kenal maka tak cinta”, blog ini akan digerakkan oleh Mohd Asraf Bin Azizan, Umairah Nabihah Bt Padli , Hanisah Bt Abd Wahab dan Siti NurKhadijah Bt Zainal. Kami merupakan pelajar dari jurusan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kemahiran Hidup. Pada semester ini, kami mengambil kursus pembiakkan dan pengurusan tanaman. Kursus ini diselia oleh Dr Husna dan dibantu oleh Puan Salina, En. Faridz dan En. Abang. 

Berikut merupakan senario-senario pada minggu pertama kami : 
  • Pertemuan pertama antara pensyarah bersama pelajar-pelajar tahun 1 sesi 2018/2019.
  • Pensyarah yang diamanahkan kepada kami ialah Dr Husna, manakala instruktor untuk memberi tunjuk ajar terhadap kerja-kerja amali ialah Pn. Salina yang akan dibantu oleh En. Faridz dan En. Abang.
  • Seterusnya, penerangan tentang peraturan yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan semasa berada di dalam kawasan ladang. Contohnya, seperti etika pemakaian serta tingkah-laku pelajar.
  • Pelajar lelaki diberi tugas mendirikan tiang untuk memasang pagar disekeliling kawasan batas supaya tidak dimasuki
    binatang buas. Manakala, pelajar perempuan meneruskan tugas di batas masing-masing.

Cara-cara membuat batas




  • Pemilihan batas hendaklah dilakukan terlebih dahulu untuk mengoptimumkan hasil pengeluaran tanaman. Contohnya, kawasan yang terbuka, berhampiran punca air dan sebagainya. 
  • Pengukuran batas dilakukan mengikut ukuran yang ditetapkan oleh tenaga pengajar iaitu 15x5 kaki persegi. Dan jarak antara batas ke batas ialah 2 kaki.

  • Kemudian, memulakan aktiviti merumpai iaitu membuang rumput dan bendasing yang terdapat di batas tanaman dengan menggunakan alatan cangkul, pongkis dan pencakar.

  • Seterusnya, proses menggembur tanah dilakukan supaya memudahkan udara keluar masuk kedalam tanah yang akan menyuburkan tanaman.


  • Akhir sekali, mengukur papan mengikut kesesuaian batas untuk mengepung kawasan batas setiap kumpulan. 
Itu sahaja perkongsian kami pada minggu ini. Nantikan perkongsian seterusnya dari kami...

Mahasiswa petani minggu 13

Pembersihan Batas Pada minggu ke 13, merupakan minggu gotong-royong kami sekelas. Kami dikehendaki untuk membersihkan kawasan batas masi...