Tuesday, October 9, 2018

Mahasiswa petani minggu 4

PEMBIAKAN SECARA KERATAN BATANG 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada minggu ini, kami telah diberikan tugasan secara individu berkenaan pembiakan keratan batang. Pada permulaan kelas, kami diajar mengenai teori tentang pembiakan pokok keratan batang oleh Puan Salina. Tidak semua jenis pokok dibiakkan melalui keratan batang. Beberapa contoh bagi pembiakan melalui keratan batang ialah pokok tebu, pokok bunga raya, pokok bunga kertas dan banyak lagi. Pembiakan secara keratan batang merupakan cara yang paling mudah untuk menghasilkan pokok baru dengan banyak dan cepat.


Sebanyak 5 helai beg poli diberikan kepada setiap pelajar untuk melakukan penanaman secara keratan batang. Kami diberi pilihan untuk memilih apa apa sahaja jenis pokok yang sesuai untuk ditanam secara keratan batang pada kelima-lima beg poli tersebut. Puan Salina juga mengajar kami tentang cara menyediakan keratan batang bagi pokok. Terdapat 3 jenis keratan kayu iaitu lembut, sederhana dan keras.

Selain itu, Puan Salina juga ada menerangkan tentang baja penggalak akar. Penggalak akar digunakan bagi mempercepatkan perakaran pada tanaman. Caranya adalah dengan membasahkan pada hujung keratan dan seterusnya mencelupkan ke dalam penggalak akar yang bersifat serbuk.
Medium semaian yang digunakan adalah 1:1 iaitu top soil dan bahan organik. Kedua dua jenis tanah tersebut dicampurkan agar kandungan nutrien yang terdapat pada bahan organik tersebut sekata bersama top soil.

Setelah selesai menanam tanaman secara keratan batang, kami diarahkan untuk merumpai dan membersihkan kawasan batas.

Setakat ini sahaja perkongsian kami pada minggu ini. Sekian, terima kasih :)

No comments:

Post a Comment

Mahasiswa petani minggu 13

Pembersihan Batas Pada minggu ke 13, merupakan minggu gotong-royong kami sekelas. Kami dikehendaki untuk membersihkan kawasan batas masi...