Tuesday, September 18, 2018

Mahasiswa petani minggu 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi kerana kami berempat dapat menggerakkan satu kumpulan dalam menghasilkan blog ini. Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan tahniah kepada semua pelajar kerana dapat melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Malaysia. Dalam pertemuan ini, kami berjaya menghasilkan blog yang merupakan satu platform untuk berkongsi maklumat serta berkongsi pengalaman sepanjang kami menjalankan tugasan kursus pembiakkan dan pengurusan tanaman. 






Terlebih dahulu kami akan memperkenalkan ahli-ahli yang akan menggerakkan blog ini, bak kata pepatah “tak kenal maka tak cinta”, blog ini akan digerakkan oleh Mohd Asraf Bin Azizan, Umairah Nabihah Bt Padli , Hanisah Bt Abd Wahab dan Siti NurKhadijah Bt Zainal. Kami merupakan pelajar dari jurusan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kemahiran Hidup. Pada semester ini, kami mengambil kursus pembiakkan dan pengurusan tanaman. Kursus ini diselia oleh Dr Husna dan dibantu oleh Puan Salina, En. Faridz dan En. Abang. 

Berikut merupakan senario-senario pada minggu pertama kami : 
  • Pertemuan pertama antara pensyarah bersama pelajar-pelajar tahun 1 sesi 2018/2019.
  • Pensyarah yang diamanahkan kepada kami ialah Dr Husna, manakala instruktor untuk memberi tunjuk ajar terhadap kerja-kerja amali ialah Pn. Salina yang akan dibantu oleh En. Faridz dan En. Abang.
  • Seterusnya, penerangan tentang peraturan yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan semasa berada di dalam kawasan ladang. Contohnya, seperti etika pemakaian serta tingkah-laku pelajar.
  • Pelajar lelaki diberi tugas mendirikan tiang untuk memasang pagar disekeliling kawasan batas supaya tidak dimasuki
    binatang buas. Manakala, pelajar perempuan meneruskan tugas di batas masing-masing.

Cara-cara membuat batas




  • Pemilihan batas hendaklah dilakukan terlebih dahulu untuk mengoptimumkan hasil pengeluaran tanaman. Contohnya, kawasan yang terbuka, berhampiran punca air dan sebagainya. 
  • Pengukuran batas dilakukan mengikut ukuran yang ditetapkan oleh tenaga pengajar iaitu 15x5 kaki persegi. Dan jarak antara batas ke batas ialah 2 kaki.

  • Kemudian, memulakan aktiviti merumpai iaitu membuang rumput dan bendasing yang terdapat di batas tanaman dengan menggunakan alatan cangkul, pongkis dan pencakar.

  • Seterusnya, proses menggembur tanah dilakukan supaya memudahkan udara keluar masuk kedalam tanah yang akan menyuburkan tanaman.


  • Akhir sekali, mengukur papan mengikut kesesuaian batas untuk mengepung kawasan batas setiap kumpulan. 
Itu sahaja perkongsian kami pada minggu ini. Nantikan perkongsian seterusnya dari kami...

No comments:

Post a Comment

Mahasiswa petani minggu 13

Pembersihan Batas Pada minggu ke 13, merupakan minggu gotong-royong kami sekelas. Kami dikehendaki untuk membersihkan kawasan batas masi...