Assalamualaikum dan salam sejahtera
Seperti biasa, kami akan update perkembangan kami pada
setiap minggu. Pada minggu ini kami diberi tugasan membuat cantuman baji dan
tanam pokok bebawang. Cantuman baji adalah satu proses pembiakan tampang
(vegetative) bagi tumbuh-tumbuhan yang sesuai dibiakkan dengan cara mengambil
sebahagian tunas dari pokok induk yang digabung dengan pokok menanti. Pokok induk
kami telah memilih pokok meranti manakala pokok menanti kami memilih pokok. Cara ini dilakukan bagi mempercepatkan kematangan pokok serta dapat
menghasilkan kepelbagaian pokok.
Peralatan yang digunakan
- Pisau
- Parafilm
- plastik lutsinar
- tali rafia
Cara-cara membuat cantuman baji
- Pilih ranting atau dahan yang lembut dan masih muda untuk dicantumkan pada pokok asal
- Kemudian ranting yang dipilih hendaklah dibuang daunya terlebih dahulu sebelum membuat cantuman. Jika ranting yang dipilih panjang potong dibahagian tengah
- Setelah selesai potong, pangkal tunas pokok yang hendak dicantum dipotong secara menyerong tajam
- Sambungkan ranting yang hendak dipotong tadi ke bahagian pokok penati
- Kemudian balut bahagian cantuman tadi dibalut dengan parafilm
- Akhir sekali sungkupkan keseluruhan bahagian yang telah dicantum dengan menggunakan plastic lutsinar bagi mengelakkan dehydrating dan kemudian ikatkan dengan kemas menggunakan tali rafia pada hujung dahan.
Tanaman bebawang
selain menggunakan kaedah cantuman baji, kami juga membuat kaedah tanaman bebawang
Pada
minggu ini kami diarahkan oleh pensyarah kami untuk membawa pokok spider lily. Sekurang-kurangnya 1 pokok
setiap seorang. Mengapa pokok spider lily
dipilih ?. pokok spider lily dipilih
kerana ia merupakan sejenis tumbuhan bebawang. Spider lily juga merupakan tumbuhan hiasan yang mempunyai bunga.
Terdapat beberapa warna bunga spider lily antaranya ialah warna putih seperti
ditunjukkan di dalam gambar. Spider-lily
mempunyai bebawang yang besar.
Spider lily
merupakan tumbuhan hiasan yang sangat cantik dan sangat senang ditanam. Bebawang
adalah batang tumbuhan yang mempunyai ruas yang sangat pendek dan juga daun
berlendair yang keluar dari bahagian buku. Anak-anak bebawang keluar daripada
pangkalnya.
Walaupun
pembiakan ini mudah dilakukan, namun ia ada kekurangannya. Kekurangan pembiakan
cara ini ialah benih tidak mudah diperolehi dan tumbuhan tidak boleh dibiakkan
dalam kuantiti yang banyak.
Kaedah
pembiakan tumbuhan hiasan dengan menggunakan organ tumbuhan :
Sediakan
peralatan dan bahan seperti sekateur, pisau, sudip tangan, racun kulat, bekas
semaian dan organ pembiakan yang sihat.
Sediakan
medium semaian dengan nisbah 2:1:1. Masukkan campuran medium ke dalam bekas
semaian dan ratakan.
Sekiranya
size bebawang ini besar, maka satu bebawang spider
lily boleh dikerat sehingga 4 bahagian. Sekiranya size bebawangnya kecil,
maka hanya dibelah 2.
Syarat
untuk mengerat atau membahagikan bebawang ialah pelajar perlu memastikan setiap
bahagian keratan bebawang perlu mempunyai akar supaya tanaman ini berkesan dan hidup
dengan subur.
Tumbuhan
bebawang tidak memerlukan penggalak akar untuk menanamnya. Kerana ia sudah
tersedia ada akar.
Semai
keratan bebawang ke dalam bekas semaian dengan kedalaman sejengkal supaya ia
kukuh dan ia tidak beralih apabila ditimpa hujan. Jarak semaian ialah 3 inci.
Siram
dan letak di bawah teduhan. Letakkan label (tarikh menyemai, nama tumbuhan dan
nama murid).
Rekodkan tarikh
bercambah, bilangan benih hidup dan mati
Ini
merupakan tanaman bebawang oleh kesemua ahli kumpulan.
Pindahkan anak benih ke
bekas lain setelah mempunyai 4 hingga 5 helai daun
No comments:
Post a Comment