Pembersihan
Batas
Pada
minggu ke 13, merupakan minggu gotong-royong kami sekelas. Kami dikehendaki
untuk membersihkan kawasan batas masing-masing. Kesemua sungkupan batas juga
perlu dibuka dan disimpan didalam stor. Setiap batas perlu lah dibersihkan tanpa
ada sebarang bendasing.
Kepada
batas-batas yang menggunakan papan untuk mengepung batas mereka perlulah
dicabut semula dan disusun ditempatnya semula. Manakala batas-batas yang
menggunakan batu-bata perlulah membuka kesemuanya dikumpul dan diangkut
menggunakan kereta sorong untuk disusun ketempat asal.
Seterusnya
melakukan proses pembersihan di tapak batas masing iaitu mengembur semula tanah
sekiranya benih jagung tidak hidup. Tetapi sekiranya benih jagung mereka hidup,
maka batas tersebut perlu dibersihkan dengan membuang segala rumpai dan
meninggalkan anak pokok jagung sahaja. Rumpai-rumpai yang berada disekeliling
batas juga perlu dibersihkan dengan menggunakan cangkul.
No comments:
Post a Comment