Fotosintesis merujuk kepada proses penukaran tenaga cahaya daripada matahari kepada tenaga biokimia. Tenaga kimia ini digunakan untuk pengikatan karbon. Proses ini dibantu oleh klorofil untuk menguraikan air kepada oksigen dan hidrogen. Oksigen akan dibebaskan sebagai bahan sampingan, sementara hidrogen akan digunakan untuk bertindakbalas dengan CO2 dan karbohidrat untuk menghasilkan gula (glukosa) dan hasil akhir fotosintesis.
Proses fotosintesis penting bagi semua kehidupan disebabkan tumbuhan yang bergantung hidup kepada matahari ini akan menjadi makanan kepada haiwan dan manusia. Kepentingan fotosintesis adalah membekalkan makanan kepada semua organisma serta fotosintesis terlibat secara langsung dalam kitar karbon dan kitar oksigen yang membantu mengekalkan kandungan gas dalam udara.
Kajian Fotosintesis
Tujuan: Untuk menguji kehadiran kanji di dalam tumbuhan atau dedaun hijau.
Radas dan bahan:
u Daun pokok warna hijau
u Alkohol
u Iodin
u Air mendidih
u Hot plate
u Piring petri
u Penitis
u Bikar 500ml
u Bekas air mendidih
Kaedah:
1. Dedaun dipetik daripada tumbuhan yang telah disinari cahaya matahari selama beberapa jam.
2. Daun diletakkan di dalam bikar yang dipenuhi dengan air didih selama 1 minit untuk membunuh dan melembutkan daun tersebut.
3. Sedikit alkohol dituangkan ke dalam bikar 500ml. Bekas bikar alkohol dibiarkan terendam dalam air panas. Kemudian rendamkan daun tersebut selama 5 minit dalam larutan alkohol.
4. Daun dialih keluar daripada alkohol selepas kira-kira 5 minit dan diperiksa sama ada daun tersebut telah dinyahwarnakan. Alkohol melarutkan klorofil tetapi tidak melarutkan kanji.
5. Daun tersebut dicelup ke dalam air panas selama 30 saat untuk melembutkannya semula,
6. Daun tersebut diletakkan pada piring petri dan dititiskan beberapa titik larutan iodin.
Pemerhatian direkodkan.
a) Warna asal iodin: Kuning keperangan.
b) Warna daun sebelum ujikaji: Hijau pekat.
c) Warna daun setelah diletakkan iodin: daun menjadi warna hitam dan terdapat tompok- tompok biru tua kelihatan yang menunjukkan kehadiran kanji pada daun.
ANALISIS:
1. Mengapakah larutan alkohol tidak boleh dipanaskan terus kepada api?
Alkohol merupakan salah satu bahan mudah terbakar, oleh itu alkohol tidak boleh dipanaskan terus pada api kerana ianya mudah terbakar.
2. Apakah kepentingan proses fotosintesis pada tumbuhan?
Proses fotosintesis memberikan makanan kepada tumbuhan serta membantu tumbesaran pokok.
3. Apakah tujuan;
a) Merebus daun: Membunuh sel dan melebutkan daun.
b) Mendidihkan daun dalam alkohol: Melarutkan klorofil dalam daun.
4. Nyatakan faktor-faktor yang diperlukan dalam proses fotosintesis.
i. Cahaya matahari
ii. Klorofil
iii. Air
iv. Karbon dioksida
5. Tuliskan persamaan fotosintesis.
6. Apakah klorofil? Apakah kegunaan klorofil kepada tumbuhan?
Klorofil merupakan pigmen fotosintesis yang dijumpai dalam tumbuhan. Klorofil berfungsi untuk menyerap cahaya dan memindahkannya melalui proses fotosintesis dalam tumbuhan.
7. Terangkan nilai tumbuhan kepada manusia.
Tumbuhan berperanan membekalkan udara yang bersih iaitu oksigen kepada manusia untuk melakukan respirasi. Selain itu, tumbuhan juga merupakan sumber makanan kepada manusia.
Pada kajian fotosintesis ini, perkara yang dapat disimpulkan adalah tumbuh-tumbuhan membuat makanan melalui proses fotosintesis yang mempengaruhi faktor cahaya matahari, klorofil, air dan karbon dioksida. Proses fotosintesis adalah proses yang sangat penting untuk tumbuhan membesar dan menyalurkan oksigen kepada ruang udara di bumi. Eksperimen ini bertujuan untuk menunjukkan klorofil merupakan salah satu keperluan asas dalam proses fotosintesis. Proses klorofil hanya berlaku dengan kehadiran klorofil pada tumbuhan. Selepas eksperimen, tompok biru tua hanya kelihatan pada bahagian daun yang berwarna hijauyang menunjukkan kehadiran kanji pada helaian daun tersebut.
No comments:
Post a Comment