Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada pengunjung
setia blog ini. Pada minggu ke-6 ini
kami telah menjalankan satu amali tentang cara untuk membuat baja organik dengan
menggunakan bahan-bahan yang diperlukan. Antara eksperimen yang dijalankan untuk
melakukan baja organik ialah FAA(Fish Amino Acid), FPJ(Fermented Plant Juice),
FFJ (Fermanted Fruit Juice), Kulit Telur(CaP). Selain itu, kami juga melakukan
amali racun serangga organik. Sebelum memulakan amali ini kami telah diberi
penerangan oleh Pn Salina terlebih dahulu tentang amali ini. Selepas itu, kami
telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menyiapkan bahan-bahan yang
diperlukan seperti ikan, pisang, bawang putih, sayur, cili dan lain-lain
sebelum memulakan amali. Alhamdulillah, kami dapat menyiapkan semua eksperimen
tersebut pada hari yang sama. Seterusnya, kami akan menerangkan langkah-langkah
untuk membuat amali ini.
SPPL 1212: PEMBIAKAN DAN PENGURUSAN
TANAMAN
AMALI BAJA ORGANIK
Pengenalan
: Untuk
mengkaji jenis unsur-unsur nutrient yang terdapat dalam baja organik.
Objektif
: membuat
empat jenis baja organik
FAA
(Fish Amino Asid)
Bahan-bahannya:
1. Gula
merah (1kg) (dicairkan dengan 2000 Ml air)
landas cincang
2. Isi
ikan atau isa ikan
pisau
3. Botol
plastik
mangkuk/besen
4. Kertas
putih A4
mangkuk/cawan
5. Pengikat
Cara-cara :
1. Sisa
atau isi ikan dipotong kecil bagi mempercepatkan proses fermantasi
2. Campurkan
berama gula merah atau molasses pada kadar nisbah 1:1 (80Ml)
3. Masuk
ke dalam bekas dan labelkan tarikh dan bahan dibuat serta tutup dengan kertas.
Tutup dengan penutup botol. Jangan terlalu ketat. Dari semasa ke semasa atau
selang 3 @ 4 hari, bahan peraman dikacau/goncang untuk mempercepatkan proses
penapaian dan melepaskan gas hasil dalam proses penapaian ini.
4. Baja
ini siap dalam jangka 4 minggu dan jusnya ditapis. Jus ini dikenali sebagai FAA
Kaedah penggunaan:
1. Jus
yang ditapis dicampurkan pada kadar 5ml atau sudu besar ke dalam 5 liter air
dan disiram kepada tanaman.
Nota : ikan yang sesuai ikan kembung, sardin, tenggiri
dan tongkol
FPJ
(Fermented Plant Juice)
Bahan-bahannya :
1. Gula
merah (1 kg) (dicairkan dengan 2000 ml air)
2. Sisa
sayuran berdaun hijau
3. Botol
plastik
4. Kertas
putih A4
5. Pengikat
Cara-cara :
1. Sisa
sayuran dipotong kecil bagi mempercepatkan proses fermentasi
2. Campurkan
bersama gula merah atau molasses pada kadar 1:1 (100ml)
3. Masuk
ke dalam bekas dan labelkan tarikh dibuat serta tutup dengan kertas. Tutup
dengan penutup. Dari semasa ke semasa atau selang 3 @ 4 hari, bahan peraman
dikacau untuk mempercepatkan proses penapaian dan melepaskan gas hasil daripada
proses penapaian ini.
4. Baja
ini siap dalam jangka masa 2 minggu dan jusnya ditapis. Jus ini dikenali
sebagai FPJ
Kaedah penggunaan
:
1. Jus
yang ditapis pada kadar 5 ml atau satu sudu besar ke dalam 1 liter air dan
disiram kepada tanaman
FPJ
(Fermanted Fruit Juice)
Bahan-bahannya :
1. Gula
merah (1 kg) (dicairkan dengan 2000 ml air)
2. Pisang
masak. Jika boleh dapatkan kulit pisang yang telah hitam
3. Botol
plastik
4. Kertas
putih A4
5. Pengikat
Cara-cara :
1. Pisang
dipotong kecil bagi mempercepatkan proses fermentasi
2. Campurkan
bersama gula merah atau molasses pada kadar nisbah 1:1 (100ml)
3. Masuk
kedalam bekas dan labelkan tarikh dibuat serta tutup dengan kertas putih
kemudian penutup botol. Dari semasa ke semasa @ selang 3@4 hari, bahan peraman
dikacau untuk mempercepatkan proses penapaian dan melepaskan gas hasil daripada
proses penapaian ini.
4. Baja
ini siap dalam jangka masa 2 minggu dan jusnya ditapis. Jus ini dikenali
sebagai FFJ
Kaedah penggunaan
:
1. Jus
yang ditapis dicampurkan pada kadar 5ml atau satu sudu besar ke dalam 1 liter
air dan disiram kepada tanaman.
Nota : buah-buahan yang masak dan manis seperti ciku,
pisang, betik
Kulit
telur (Cap)
Bahan-bahannya :
1. Kulit
telur yang telah dibasuh. Di keringkan dalam masa 5 minit.
2. Cuka
masak
3. Botol
plastic
4. Kertas
putih A4
5. Pengikat
Cara-cara :
1. Hancurkan
kulit telur bagi mempercepatkan proses fermentasi. Sukat hasil kulit telur yang
telah hancur
2. Campukan
bersama cuka dengan nisbah 1:10 (1 sudu besar)
3. Masuk
ke dalam bekas dan labelkan tarikh dibuat serta tutup dengan kertas dan ikat
menggunakan gelang getah. Tutup dengan penutup botol. Jangan tutup terlalu
ketat. Dari semasa ke semasa atau selang 3@4 hari bahan peraman
dikacau/digoncang untuk mempercepatkan proses penapaian dan melepaskan gas
hasil daripada proses penapaian ini.
4. Baja
ini siap dalam jangka masa 4 minggu dan jusnya ditapis
Kehadiran bau :
Hamis, hapak,
hangit, hanyir, hancing, busuk, tengik masam.
Pemerhatian
:
Hari
/
|
Warna
pemeraman
|
Kehadiran
bau gas (ada/tiada)
|
||||||
Tarikh
|
FAA
|
FPJ
|
FFJ
|
CaP
|
FAA
|
FPJ
|
FFJ
|
CaP
|
1
|
coklat
|
Hijau
coklat
|
Coklat
keperangan
|
Coklat
cair& buih
|
Busuk
hanyir
|
daun
|
pisang
|
masam
|
2
|
coklat
|
Hijau
coklat
|
Coklat
keperangan
|
Coklat
cair
|
Busuk
hanyir
|
Sedikit
masam
|
masam
|
masam
|
3
|
coklat
|
Coklat
cair
|
Coklat
kehitaman
|
Coklat
cair
|
Busuk
hanyir
|
masam
|
masam
|
masam
|
4
|
Coklat
gelap
|
Coklat
|
Hitam
|
jernih
|
Busuk
hanyir
|
masam
|
masam
|
masam
|
5
|
Coklat
kehitaman
|
Coklat
|
Hitam
|
jernih
|
masam
|
masam
|
masam
|
masam
|
6
|
Coklat
kehitaman
|
Coklat
|
Hitam
|
jernih
|
masam
|
masam
|
masam
|
masam
|
7
|
Coklat
kehitaman
|
Coklat
|
Hitam
|
jernih
|
masam
|
masam
|
masam
|
Sangat
masam
|
Analisis
1. Mengapakah botol / bekas perlu
ditutup?
Bekas perlu ditutup kerana untuk
mengelakkan serangan serangga seperti lalat yang boleh menyebabkan proses baja organik
terganggu.
2. Apakah unsur utama yang terdapat
dalam
a) FAA:
Nitrogen
b) FPJ:
Nitrogen
c) FFJ:
Kalium
d) FPJ:
Phosporus
3. Mengapakah gula merah digunakan dalam baja organik.
Gula merah digunakan dalam baja organik ialah disebabkan
gula merah tersebut mempunyai nutrient yang membantu pembiakan bakteria dan
mempercepatkan proses penguraian.
4. Pemeraman manakah yang menghasilkan perubahan bau masam
paling awal?
CaP (kulit telur) menunjukkan bau masam yang paling awal
5. Pemeraman manakah berubah warna paling cepat?
FFJ (Fermented Fruit Juice) menunujukkan perubahan warna yang
paling cepat .
6. Mengapakah cuka digunakan dalam pemerapan CaP.
Cuka digunakan untuk membunuh bakteria pada kulit telur .
7. Buah epal tidak boleh digunakan untuk membuat baja FFJ.
Bincangkan mengapa?
Buah epal tidak sesuai digunakan untuk membuat baja FPJ
kerana struktur epal keras dan juga
mengandungi asid yang melambatkan proses penapaian.
8. Ikan air tawar tidak sesuai digunakan untuk membuat baja
FAA. Bincangkan mengapa?
Ini kerana ikan air tawar mempunyai kadar nitrogen yang
rendah dan tidak sesuai untuk membuat baja.
9. Adakah proses penampaian memerlukan cahaya? Terangkan
jawapan anda
Tidak. Ini kerana bakteria hidup dengan aktif dalam gelap dan
boleh mempercepatkan proses penapaian.
10. Kesimpulan dan perbincangan hasil daripada FAA, FPJ, FFJ
dan CaP.
Kesimpulannya, kesemua proses membuat baja ini memerlukan
kehadiran bakteria untuk mempercepatkan proses penapaian dan tidak perlu
diletakkan di tempat bercahaya kerana bakteria sangat aktif dalam keadaan
gelap. Setiap dari baja ini mempunyai unsur nutrient tersendiri yang baik untuk
tumbesaran pokok tersebut.
AMALI RACUN ORGANIK.
Pengenalan
: membuat
racun organik untuk membunuh serangga perosak.
Objektif
: menghasilkan
racun organik.
Bahan
dan peralatan.
1.bawang putih air hujan
2. cili padi blander
3. minyak
masak bekas/mangkuk
4. sabun
pencuci pisau
5. botol dan
penutup
Bahan
A (kisar)
Bawang putih
Cili padi – 6 biji
Air hujan – 300ml
(satu cawan biasa)
Setelah kisar
semua bahan A, peram selama 24 jam
Bahan
B
Minyak masak
(apa-apa jenis minyak pun boleh) - 1 sudu makan
Sabun pencuci
pinggan (tak kisah apa pun)- 1 sudu teh
Alat:
Penapis Botol
penyembur (1.5l)
Cara
:
1. Tapis
bahan A dan ambil patinya. Hampas kisaran boleh dibuang pada pangkal pokok
untuk dijadikan baja.
2. Simpan
pati di dalam bekas dan masukkan ke dalam peti ais untuk tahan lama
3. Masuk
100 ml pati dan bahan B ke dalam penyembur
4. Isi
air penuh botol penyembur (1.5l)
5. Goncang
sehingga semua bahan sebati
6. Sembur
sampai basah daun terutama bawah dengan kadar tiga hari sekali pada pokok
bermasalah
Pemerhatian.
1. Nyatakan
perubahan warna dan bau pada racun buatan anda
Hari
|
Perubahan warna
|
Perubahan bau
|
1
|
Jernih, perang kemerahan
|
Masam dan pedih
|
2
|
Perang gelap
|
Masam dan tengik
|
3
|
Perang gelap
|
Masam dan tengik
|
4
|
Perang gelap
|
Masam dan tengik
|
5
|
Perang coklat
|
Masam, tengik dan busuk
|
6
|
Perang coklat
|
Masam, tengik dan busuk
|
7
|
Perang coklat
|
Masam, tengik dan busuk
|
Analisis:
1. Mengapakah
air hujan digunakan dalam pembuatan racun organik.
Air hujan digunakan kerana tidak mempunyai klorin dan
bersifat neutral.
2. Apakah
bahan lain yang boleh diganti dengan :
a) Bawang
putih - serai
b) Cili
padi – halia, lada hitam
3. Apakah
fungsi bahan berikut ketika membuat penyemburan.
a) Minyak
masak – minyak masak digunakan semasa semburan untuk memastikan racun melekat
pada daun dan memberi kesan yang baik untuk mencegah kehadiran serangga.
b) Sabun
pencuci – sabun pencuci bertindak sebagai ejen pembunuh serangga kerana apabila
serangga tersebut terkena semburan ia boleh larut terus pada kulit serangga dan
mematikannya.
4. Apakah
langkah-langkah keselamatan ketika menggunakan racun serangga.
a. Bancuh
racun serangga dengan sukatan yang betul
b. Pastikan
botol semburan tidak bocor dan isi racun dengan berhati-hati
c. Memakai
cermin mata, penutup muka dan hidung (mask) dan sarung tangan semasa melakukan
proses penyemburan.
d. Elakkan
meracun melawan arus angin
e. Cuci
dengan air putih sebanyak mungkin jika terkena racun pada kulit badan
f.
Cucikan diri setelah selesai meracun
5. Kesimpulan
dan perbincangan
Kesimpulannya, racun organik merupakan racun yang
selamat berbanding racun kimia dari segi keselamatan dan kesihatan manusia yang
menggunakan racun untuk tanaman. Selain itu, racun organik juga merupakan ejen
pembunuh yang baik untuk membunuh serangga perosak.
Jika pokok tiada
masalah serangga, sembur juga sebagai kawalan.
Cuma sedikit
peringatan, sembur sikit dahulu pada satu pokok. Ini kerana apabila sembur
ramuan racun organik ini pokoknya menjadi layu. Jika pokok layu, terus basuh
dengan air biasa sehingga hilang cecair racun organik ini pada pokok.