Minggu 3 (Eksperimen)
Assalammualaikum
dan selamat pagi. Alhamdulillah pada minggu ketiga ini kami dapat menyelesaikan
eksperimen pengujian terhadap tanah kami. Dengan ini kami akan berkongsi
langkah-langkah sepanjang menjalankan eksperimen ini. Terdapat tiga eksperimen
yang kami telah jalankan. Eksperimen yang pertama menentukan tekstur tanah
melalui cara medan, eksperimen kedua melalui cara mendapan dan yang ketiga
ialah melalui perbandingan kadar pengaliran air menerusi tanah.
Ekperimen 1
Tajuk : Menentukan tekstur tanah
melalui cara medan.
Eksperimen
pada bahagian ini adalah untuk menentukan tekstur tanah melalui cara medan.
Tekstur tanah terdiri daripada tanah pasir, liat dan kelodak. Ini bertujuan
untuk melihat tanah ini sesuai digunakan semasa penanaman. Kaedah ini digunakan dengan mengambil 20g
tanah dan membuat lima jenis bentuk tanah iaitu bentuk bebola, rod, rod
berbentuk u, gelang, gelang beretak-retak. Berikut merupakan langkah-langkah
untuk membuat uji kaji secara medan
Bahan dan alatan:
Sampel tanah dan air
Langkah-langkah :
1. Ambil
lebih kurang 20g sampel tanah (atau secukupnya untuk membentuk bebola tanah
dengan diameter 2-3 cm)
2. Sampel
dilembapkan dengan sedikit air sehingga dapat dibentuk.
3. Bentuk
kan tanah tersebut menjadi bentuk bebola, reben, rod atau gelang.
Pemerhatian bagi ekperimen tanah
batas 10 dan 14 ialah :
1. Rod
dapat dibentuk dengan diameter 2-3 cm
2. Bebola
dapat dibentuk (pasir berloam)
3. Rod
berbentuk u dapat dibentuk
4. Gelang
yang retak-retak juga dapat dibentuk
5. Gelang
dapat dibentuk (tanah liat )
Kesimpulan
Kesimpulan
yang diperolehi daripada eksperimen menentukan tekstur tanah melalui cara medan
ialah setiap batas dapat menentukan tekstur tanah mereka melalui pemerhatian
terhadap bentuk-bentuk yang dapat dihasilkan. Sekiranya gelang serta rod
berbentuk-U tidak dapat dihasilkan dan disambung dengan sempurna maka tekstur
tanah pada batas tersebut lebih pasir.
Ekperimen 2
Tajuk : Menentukan tekstur tanah
melalui cara mendapan.
Ekperimen
kedua ialah menentukan tekstur tanah melalui cara mendapan. Melalui kaedah ini
kita dapat melihat tekstur tanah yang pada tanah tanaman kita seperti tanah
liat , tanah pasir dan tanah kelodak. Dari situ kita dapat mengkaji beberapa
pisahan antara tanah pasir, tanah liat dan tanah kelodak yang terdapat pada
tanah tanaman kita. Pisahan tanah ialah lapisan kumin yang saiznya ditetapkan
mengikut sistem.
Bahan dan alatan
: Sampel tanah dan balang gas
Langkah – langkah
Langkah – langkah
1.
Masukkan 40 hingga 50g tanah ke
dalam balang gas.
2.
Tutup mulut balang gas, dengan
penutup dan goncangkan campuran perlahan-lahankan sehingga kumin tanah
terpisah.
3.
Letakkan balang gas di atas meja
semalaman, (24jam) tanpa gangguan.
4.
Ukur ketinggian setiap pisahan
tanah yang mendap. Catatkan dalam jadual.
5.
Hitungkan peratusan pisahan tanah.
6.
Tentukan kelas tekstur tanah dengan
menggunakan segi tiga tekstur tanah sistem atterberg.
Keputusan eksperimen tekstur tanah
melalui cara mendapan bagi batas 10 dan batas 14.
Batas
10
|
||
Pisahan
|
Ketinggian
(cm)
|
Peratus
|
Pasir
|
1.6
|
57.14
|
Kelodak
|
0.5
|
17.85
|
Tanah Liat
|
0.8
|
28.57
|
Batas
14
|
||
Pisahan
|
Ketinggian
(cm)
|
Peratus
|
Pasir
|
2.0
|
83.33
|
Kelodak
|
0.3
|
12.50
|
Tanah Liat
|
0.1
|
4.17
|
Kelas
tekstur tanah boleh ditentukan dengan menggunakan kaedah medan dan kaedah
mendapan. Peratusan pasir, kelodak dan tanah liat yang telah ditentukan dalam
makmal melalui kaedah pemendapan digunakan untuk menentukan kelas tekstur tanah
dengan merujuk carta segi tiga tekstur tanah.
Kesimpulan
Kesimpulan
yang dapat diambil melalui eksperimen menentukan tekstur tanah melalui cara
mendapan ialah kita dapat membaca dan mengukur nilai setiap tekstur tanah yang
terdapat pada setiap batas. Melalui cara ini nilai yang diambil lebih tepat
berbanding dengan kaedah yang lain.
Eksperimen
3
Tajuk
: Membandingkan kadar pengaliran air menerusi tanah pada setiap batas.
Bahan
dan alatan :
1.
Sampel Tanah
2.
Air Suling
3.
Gentian Kaca
4.
Corong Penuras
5.
Bikar
6.
Kelalang kon
7.
pH Moisture Meter (Manual)
8.
Digital pH Meter
Langkah-
langkah :
1.
Sampel tanah perlu dikeringkan selama 2
hingga 3 hari.
2.
Isikan 50ml air suling ke dalam bikar.
3.
Tuangkan 50ml air suling kedalam setiap
radas dan tentukan isi padu air yang mengalir dalam masa 5 minit.
4.
Catatkan keputusan dan pemerhatian dalam
jadual.
Keputusan
ekperimen bagi keseluruhan batas :
Sampel
Tanah (Batas)
|
Isi
padu air
(ml)
|
Isi
padu air selepas 5 minit (ml)
|
Meter
pH digital (pH)
|
Meter
pH manual
|
Pemerhatian
|
1.
|
50
|
43
|
6.94
|
6.15
|
Tanah loam
|
2.
|
50
|
41
|
6.69
|
6.20
|
Tanah loam
|
3.
|
50
|
41
|
6.41
|
6.41
|
Tanah loam
|
4.
|
50
|
45
|
6.40
|
6.40
|
Tanah loam
|
5.
|
50
|
28
|
6.21
|
6.21
|
Lebih tanah liat
|
6.
|
50
|
42
|
6.11
|
6.11
|
Tanah loam
|
7.
|
50
|
43
|
5.40
|
5.40
|
Tanah loam
|
8.
|
50
|
44
|
6.20
|
6.20
|
Tanah loam
|
9.
|
50
|
39
|
6.00
|
6.00
|
Tanah loam
|
10.
|
50
|
42
|
5.90
|
5.90
|
Tanah loam
|
11.
|
50
|
50
|
6.60
|
6.60
|
Tanah lebih pasir
|
12.
|
50
|
48
|
6.60
|
6.60
|
Tanah lebih pasir
|
13.
|
50
|
39
|
6.30
|
6.30
|
Tanah yang lebih tanah liat
|
14.
|
50
|
41
|
5.94
|
5.94
|
Tanah loam
|
15.
|
50
|
38
|
6.23
|
6.23
|
Tanah yang pasir
|
Kesimpulan : Kesimpulan yang dapat dirumuskan daripada
eksperimen membandingkan kadar pengaliran air menerusi tanah pada keseluruhan
batas. Apabila pengeluaran air lebih laju dan kadar jumlah air yang dikeluarkan
lebih tinggi bermaksud tekstur tanah yang terdapat pada batas tersebut ialah
tanah yang lebih berpasir. Manakala, air yang dkeluarkan itu perlahan dan
sedikit ini membuktikan bahawa tekstur tanah itu lebih kepada tanah liat.
Kesimpulan
:
Batas 14 mempunyai peratusan pisahan
pasir sebanyak 83.33%, kelodak 12.50% dan tanah liat 4.17% dan menunjukkan
keseluruhan tanah adalah pasir berloam.
PENILAIAN
:
a. Mengapakah kertas turas tidak sesuai
digunakan sebagai bahan penahan kumin tanah dalam eksperimen ini?
Kertas
tidak sesuai digunakan sebagai penahan kumin tanah kerana liangnya terlalu
halus dan akan menyekat aliran air dari sampel tanah.
b.
Sampel tanah yang manakah membenarkan
air mengalir paling banyak?
Batas
11
c.
Sampel tanah yang manakah membenarkan
air mengalir paling lambat?
Batas
5
d.
Sampel tanah yang manakah mempunyai
saliran paling baik?
Batas
9,13 dan 15
e. Sekiranya anda ingin memilih tanah untuk
tanaman, tanah yang manakah akan anda pilih? Berikan sebabnya.
Clay loam. Ini
kerana tanah tersebut mempunyai kadar serapan air dan nutrien yang baik dan
akan menyebabkan pokok tumbuh dengan sihat.
Sekian
sahaja perisian yang dapat kami kongsikan pada minggu ini. Terima kasih dan
selamat memberi manfaat kepada anda semua..
No comments:
Post a Comment