Saturday, December 15, 2018

Mahasiswa petani minggu 8

Minggu jualan sayur

Pada minggu ini, kami diarahkan untuk menuai sayuran yang ditanam untuk dijual. Setelah berminggu-minggu menjaga dan menyiram tanaman yang ditanam, akhirnya tibalah masa untuk dituai dan dijual. Pada mulanya, puan Salina memberi pendedahan terlebih dahulu kepada kami berkenaan penuaian, pembersihan tanaman, pembungkusan serta penjualan. Cara-cara menuai tanaman juga diajar dengan cara yang betul agar tanaman tidak rosak untuk dijual.

Puan Salina mengarahkan kami untuk bekerjasama beramai-ramai dalam satu kelas untuk mempercepatkan perjalanan kerja. Kami membahagikan kerja mengikut kumpulan. Pada bahagian penuaian tanaman, penuaian perlu memilih tanaman yang betul betul subur dan tinggi. Terdapat pelbagai jenis tanaman yang ditanam iaitu bayam hijau, pak choy kerdil, bayam merah serta sawi hijau.




Seterusnya, pada bahagian pembersihan sayuran, pemilihan sayur yang elok dan tidak dimakan oleh ulat adalah penting. Sayuran perlu dibersihkan daripada tanah dari batas dengan bersih.




Selepas membersihkan sayuran, sayur tersebut perlu dibungkus untuk dijual. Proses pembungkusan dilakukan iaitu dengan menimbang sayuran pada 400 gram pada setiap bungkusan. Setiap bungkusan sayuran jenis bayam merah, sawi hijau dan pak choy kerdil dijual pada harga RM2 manakala bayam hijau dijual pada harga RM1.50 berikutan terdapat sayuran yang sedikit rosak dimakan oleh ulat.



Selesai membungkus sayur-sayuran organik tersebut, proses penjualan dijalankan di dalam kawasan UTM iaitu di fakulti pendidikan, Masjid Sultan Ismail serta Pusat Kesihatan Universiti (PKU).








No comments:

Post a Comment

Mahasiswa petani minggu 13

Pembersihan Batas Pada minggu ke 13, merupakan minggu gotong-royong kami sekelas. Kami dikehendaki untuk membersihkan kawasan batas masi...