Pada minggu ini, kami telah membuat satu amali berkenaan kaedah cantuman tut. Apa itu kaedah cantuman tut? Kaedah cantuman tut merupakan salah satu kategori pembiakan tampang. Kaedah cantuman tut merupakan satu teknik pembiakan tanaman yang dilakukan pada dahan atau ranting pokok induk.
Kelebihan membuat cantuman tut ialah:
Namun terdapat juga kekurangan dalam kaedah cantuman tut iaitu:
Medium pembiakan tanaman tut ialah:
Kelebihan membuat cantuman tut ialah:
- Tanaman baru yang dihasilkan akan lebih cepat matang
- Ciri pokok induk dapat diwarisi sepenuhnya.
Namun terdapat juga kekurangan dalam kaedah cantuman tut iaitu:
- Pokok akan mudah tumbang kerana tidak mempunyai akar tunjang
- Tidak boleh dibiakkan dengan kuantiti yang banyak pada pokok induk
- Memerlukan kemahiran membuat TUT
Medium pembiakan tanaman tut ialah:
- Jeffy pallet. Medium ini perlu direndam dahulu di dalam air selama 1 jam terlebih dahulu
- Peat moist. Peat moist dimasukkan sedikit air dan pastikan ia dapat dibentuk untuk memudahkan dilekapkan pada dahan atau ranting yang hendak di tut.
- Menggunakan medium 3:2:1 (tanah loam: bahan organik: pasir) dengan dimasukkan sedikit air dan pastikan ia dapat dibentuk untuk memudahkan dilekapkan pada dahan atau ranting yang hendak di tut.
Bahan-bahan yang digunakan:
- Gunting
- Pisau
- Tali rafia
- Penggalak akar @ hormon pengakaran
- Plastik lut sinar
Langkah-langkah membuat tut:
- Memilih ranting @ dahan pokok yang sihat
- Membuat kelaran pada keliling dahan pokok tersebut
- Membuang kulit diantara kelaran dahan tersebut
- Mengikis lapisan kabium untuk mengelakkan kulit pokok bercantum semula
- Letakkan hormon penggalak akar pada bahagian atas kelaran
- Lekapkan medium pada kelaran dahan dan kejapkan medium tersebut
- Membalut medium dengan menggunakan plastik lut sinar
- Ikat kedua-dua bahagian plastik lut sinar tersebut menggunakan tali rafia.
Akhirnya ialah penjagaan dan pengubahan tut:
- Tut akan berakar setelah beberapa minggu
- Tut yang berjaya ditumbuhi akar perlu dipindahkan ke dalam polybag
- Potong bahagian bawah tut tersebut
- Tut yang dipindahkan mestilah ditanam dalam polybag yang mempunyai medium 3:2:1 untuk menggalakkan lagi pertumbuhan akar.
No comments:
Post a Comment