Saturday, December 29, 2018

Mahasiswa petani minggu 13


Pembersihan Batas
Pada minggu ke 13, merupakan minggu gotong-royong kami sekelas. Kami dikehendaki untuk membersihkan kawasan batas masing-masing. Kesemua sungkupan batas juga perlu dibuka dan disimpan didalam stor. Setiap batas perlu lah dibersihkan tanpa ada sebarang bendasing.
Kepada batas-batas yang menggunakan papan untuk mengepung batas mereka perlulah dicabut semula dan disusun ditempatnya semula. Manakala batas-batas yang menggunakan batu-bata perlulah membuka kesemuanya dikumpul dan diangkut menggunakan kereta sorong untuk disusun ketempat asal.

Seterusnya melakukan proses pembersihan di tapak batas masing iaitu mengembur semula tanah sekiranya benih jagung tidak hidup. Tetapi sekiranya benih jagung mereka hidup, maka batas tersebut perlu dibersihkan dengan membuang segala rumpai dan meninggalkan anak pokok jagung sahaja. Rumpai-rumpai yang berada disekeliling batas juga perlu dibersihkan dengan menggunakan cangkul.



mahasiswa petani minggu 9

Assalamualaikum dan salam sejahtera ...

seperti biasa kami akan upadate perkembangan kami pada setiap minggu . Ok pada minggu ni kami sudah mula cuti pertengahan semester bagi semua pelajar UTM . Oleh itu, cuti pertengah semester kami dibekalkan dengan beberapa tugasan oleh DR Husna.  Antara tugasanya ialah jeng jeng jeng....

Tugasan cuti pertengahan semester : proses fisiologi tumbuhan (individu)
  •  fotosintensis
  • transpirasi 
  • translokasi
  • respirasi
  • penyerapan
Melalui tugasan ini kami diminta untuk melakukan satu video berdurasi max 3 minit berdasarkan proses fisiologi yang dipilih oleh setiap orang. 

Video ini dihasilkan oleh Hanisah Bt Abd Wahab yang melakukan penerangan mengenai 
  1. proses fotosintesis


Seterusnya, video yang dihasilkan oleh Umairah Nabihah binti Padli berkenaan 

Proses penyerapan




video ini dihasilkan oleh Siti Nurkhadijah bt Zainal berkenaan 

proses transpirasi


Akhirnya, video ini dihasilkan oleh MOHD ASRAF BIN AZIZAN berkenaan 

Proses Respirasi








Mahasiswa petani minggu 7


Assalamualaikum dan salam sejahtera
Seperti biasa, kami akan update perkembangan kami pada setiap minggu. Pada minggu ini kami diberi tugasan membuat cantuman baji dan tanam pokok bebawang. Cantuman baji adalah satu proses pembiakan tampang (vegetative) bagi tumbuh-tumbuhan yang sesuai dibiakkan dengan cara mengambil sebahagian tunas dari pokok induk yang digabung dengan pokok menanti. Pokok induk kami telah memilih pokok meranti manakala pokok menanti kami memilih pokok. Cara ini dilakukan bagi mempercepatkan kematangan pokok serta dapat menghasilkan kepelbagaian pokok.



Peralatan yang digunakan
  1.  Pisau 
  2.  Parafilm 
  3. plastik lutsinar 
  4. tali rafia 


Cara-cara membuat cantuman baji
  1.  Pilih ranting atau dahan yang lembut dan masih muda untuk dicantumkan pada pokok asal
  2. Kemudian ranting yang dipilih hendaklah dibuang daunya terlebih dahulu sebelum membuat cantuman. Jika ranting yang dipilih panjang potong dibahagian tengah
  3.   Setelah selesai potong, pangkal tunas pokok yang hendak dicantum dipotong secara menyerong tajam 
  4.  Sambungkan ranting yang hendak dipotong tadi ke bahagian pokok penati
  5. Kemudian balut bahagian cantuman tadi dibalut dengan parafilm
  6. Akhir sekali sungkupkan keseluruhan bahagian yang telah dicantum dengan menggunakan plastic lutsinar bagi mengelakkan dehydrating dan kemudian ikatkan dengan kemas menggunakan tali rafia pada hujung dahan. 

Tanaman bebawang

selain menggunakan kaedah cantuman baji, kami juga membuat kaedah tanaman bebawang


Pada minggu ini kami diarahkan oleh pensyarah kami untuk membawa pokok spider lily. Sekurang-kurangnya 1 pokok setiap seorang. Mengapa pokok spider lily dipilih ?. pokok spider lily dipilih kerana ia merupakan sejenis tumbuhan bebawang. Spider lily juga merupakan tumbuhan hiasan yang mempunyai bunga. Terdapat beberapa warna bunga spider lily antaranya ialah warna putih seperti ditunjukkan di dalam gambar. Spider-lily mempunyai bebawang yang besar.


Spider lily merupakan tumbuhan hiasan yang sangat cantik dan sangat senang ditanam. Bebawang adalah batang tumbuhan yang mempunyai ruas yang sangat pendek dan juga daun berlendair yang keluar dari bahagian buku. Anak-anak bebawang keluar daripada pangkalnya. 
Walaupun pembiakan ini mudah dilakukan, namun ia ada kekurangannya. Kekurangan pembiakan cara ini ialah benih tidak mudah diperolehi dan tumbuhan tidak boleh dibiakkan dalam kuantiti yang banyak.
Kaedah pembiakan tumbuhan hiasan dengan menggunakan organ tumbuhan :
Sediakan peralatan dan bahan seperti sekateur, pisau, sudip tangan, racun kulat, bekas semaian dan organ pembiakan yang sihat.

Sediakan medium semaian dengan nisbah 2:1:1. Masukkan campuran medium ke dalam bekas semaian dan ratakan.

Sekiranya size bebawang ini besar, maka satu bebawang spider lily boleh dikerat sehingga 4 bahagian. Sekiranya size bebawangnya kecil, maka hanya dibelah 2.
Syarat untuk mengerat atau membahagikan bebawang ialah pelajar perlu memastikan setiap bahagian keratan bebawang perlu mempunyai akar supaya tanaman ini berkesan dan hidup dengan subur.
Tumbuhan bebawang tidak memerlukan penggalak akar untuk menanamnya. Kerana ia sudah tersedia ada akar.
 
Semai keratan bebawang ke dalam bekas semaian dengan kedalaman sejengkal supaya ia kukuh dan ia tidak beralih apabila ditimpa hujan. Jarak semaian ialah 3 inci. 
Siram dan letak di bawah teduhan. Letakkan label (tarikh menyemai, nama tumbuhan dan nama murid).
Rekodkan tarikh bercambah, bilangan benih hidup dan mati
Ini merupakan tanaman bebawang oleh kesemua ahli kumpulan.
Pindahkan anak benih ke bekas lain setelah mempunyai 4 hingga 5 helai daun

Mahasiswa petani minggu 14

Assalamualikum dan salam sejahtera kepada pengunjung setia blog ni

Minggu ini merupakan minggu terakhir untuk kelas pembiakan dan pengurusan tanaman di ladang. Pada minggu ini kami semua telah diberi arahan untuk mencuci kawasan sekitar ladang, mengemas stor, mencuci lantai dan lain-lain lagi.

Di bawah ini disertakan gambar kerja-kerja yang dilakukan :








Mahasiswa petani minggu 11

Assalamualaikum dalam salam sejahtera kepada semua pengunjung blog ini .

Pada minggu ini, kami tidak menjalankan sebarang amali sebaliknya Dr Husna ingin menyambung kelas teori sebelum peperiksaan akhir semester. Sebelum kelas teori bermula Dr Husna menerangkan serba sedikit mengenai topik untuk menghadapi peperiksaan akhir semester bagi subjek Propagation and plant management. Dr husna ada memberi tips dan topik- yang perlu diberi perhatian untuk kami mengulangkaji semula apa yang telah diajar. Ok kelas teori pada minggu ini bertajuk asexual reproduction. Pembiakan aseksual merupakan pembiakan yang tidak melibatkan induk jantan dan betina. Mana-mana bahagian pada induk akan berkembang menjadi individu baru. Oleh itu, anak yang terhasil mempunyai ciri-ciri sama dengan induk disebut sebgagai klon. Antara kaedah penanaman aseksual ialah cantuman tut, cantuman baji, cantuman mata tunas dan cantuman sanding. 

Tujuan cantuman
Tujuan utama cantuman dilakukan adalah sebagai salah satu teknik pembiakan untuk menambahkan bilangan pokok dengan ciri-ciri yang dikehendaki pada pokok asal seperti saiz buah-buahan yang besar ataupun bunga yang banyak selain untuk membolehkan pokok buah-buahan berbuah pada umur yang muda. Selain itu, cantuman membolehkan pokok-pokok yang tak boleh tumbuh dengan keratan dan susah nak berakar dengan kaedah tut dibiakkan dengan kualiti yang sama dengan induknya.

1. Cantuman tut
Salah satu daripada kaedah pembiakan tampang dimana sebahagian daripada bahagian tumbuhan itu digunakan sebagai asas untuk pembiakan . Terdapat tiga jenis cantuman tut
  a ) cantuman tut udara
  B ) cantumana tut mudah lentur
  C ) cantuman tut membusut.

Berikut merupkan contoh cantuman tut.




2. Cantuman mata tunas
Cantuman mata tunas merupakan :
- teknik menyatukan bahagian-bahagian tumbuhan supaya ia tumbuh sebagai satu tumbuhan baru
- bahagian tumbuhan yang menjadi bahagian atas cantuman ialah tunas baka
- bahagian yang membentuk bahagian bawah atau akar ialah pokok penanti

Tunas baka : keratan batang pada bahagian kecil batang yang mengandungi satu mata tunas yang sihat dan segar
Pokok penanti : tumbuhan yang mempunyai sistem akar yang baik , subur dan sihat



3. Cantuman baji
Cantuman baji ialah kaedah mencantumkan pokok daripada pokok asal/induk untuk hasilkan pelbagai warna bagi pokok bunga atau dijadikan sebagai pokok tumpang,  kebiasaanya pokok yang menggunakan cantuman baji ialah pokok bunga boungainvilla , bunga raya , pokok jambu dan lain-lain lagi .



4. Cantuman sanding
cantuman sanding merupakan cantuman bagi pokok tunas baka dan pokok penanti yang bersebelahan dan dilakukan dengan melenturkan bahagian tunas baka kepada pokok penanti






Thursday, December 27, 2018

Mahasiswa petani minggu 12

Proses Fotosintesis

Fotosintesis merujuk kepada proses penukaran tenaga cahaya daripada matahari kepada tenaga biokimia. Tenaga kimia ini digunakan untuk pengikatan karbon. Proses ini dibantu oleh klorofil untuk menguraikan air kepada oksigen dan hidrogen. Oksigen akan dibebaskan sebagai bahan sampingan, sementara hidrogen akan digunakan untuk bertindakbalas dengan CO2 dan karbohidrat untuk menghasilkan gula (glukosa) dan hasil akhir fotosintesis.  
Proses fotosintesis penting bagi semua kehidupan disebabkan tumbuhan yang bergantung hidup kepada matahari ini akan menjadi makanan kepada haiwan dan manusia. Kepentingan fotosintesis adalah membekalkan makanan kepada semua organisma serta fotosintesis terlibat secara langsung dalam kitar karbon dan kitar oksigen yang membantu mengekalkan kandungan gas dalam udara.


Kajian Fotosintesis

Tujuan: Untuk menguji kehadiran kanji di dalam tumbuhan atau dedaun hijau.

Radas dan bahan:

Daun pokok warna hijau
Alkohol
Iodin
Air mendidih
Hot plate
Piring petri
Penitis
Bikar 500ml
Bekas air mendidih

Kaedah:
1. Dedaun dipetik daripada tumbuhan yang telah disinari cahaya matahari selama beberapa jam.
2. Daun diletakkan di dalam bikar yang dipenuhi dengan air didih selama 1 minit untuk membunuh dan melembutkan daun tersebut.


3. Sedikit alkohol dituangkan ke dalam bikar 500ml. Bekas bikar alkohol dibiarkan terendam dalam air panas. Kemudian rendamkan daun tersebut selama 5 minit dalam larutan alkohol.

4. Daun dialih keluar daripada alkohol selepas kira-kira 5 minit dan diperiksa sama ada daun tersebut telah dinyahwarnakan. Alkohol melarutkan klorofil tetapi tidak melarutkan kanji.



5. Daun tersebut dicelup ke dalam air panas selama 30 saat untuk melembutkannya semula,
6. Daun tersebut diletakkan pada piring petri dan dititiskan beberapa titik larutan iodin.



Pemerhatian direkodkan.

a) Warna asal iodin: Kuning keperangan.
b) Warna daun sebelum ujikaji: Hijau pekat.
c) Warna daun setelah diletakkan iodin: daun menjadi warna hitam dan terdapat tompok- tompok biru tua kelihatan yang menunjukkan kehadiran kanji pada daun.

ANALISIS:

1. Mengapakah larutan alkohol tidak boleh dipanaskan terus kepada api?
Alkohol merupakan salah satu bahan mudah terbakar, oleh itu alkohol tidak boleh dipanaskan terus pada api kerana ianya mudah terbakar.

2. Apakah kepentingan proses fotosintesis pada tumbuhan?
Proses fotosintesis memberikan makanan kepada tumbuhan serta membantu tumbesaran pokok.

3. Apakah tujuan;
a) Merebus daun: Membunuh sel dan melebutkan daun.
b) Mendidihkan daun dalam alkohol: Melarutkan klorofil dalam daun.

4. Nyatakan faktor-faktor yang diperlukan dalam proses fotosintesis.
i. Cahaya matahari
ii. Klorofil
iii. Air
iv. Karbon dioksida

5. Tuliskan persamaan fotosintesis.

6. Apakah klorofil? Apakah kegunaan klorofil kepada tumbuhan?
Klorofil merupakan pigmen fotosintesis yang dijumpai dalam tumbuhan. Klorofil berfungsi untuk menyerap cahaya dan memindahkannya melalui proses fotosintesis dalam tumbuhan.

7. Terangkan nilai tumbuhan kepada manusia.
Tumbuhan berperanan membekalkan udara yang bersih iaitu oksigen kepada manusia untuk melakukan respirasi. Selain itu, tumbuhan juga merupakan sumber makanan kepada manusia.


Pada kajian fotosintesis ini, perkara yang dapat disimpulkan adalah tumbuh-tumbuhan membuat makanan melalui proses fotosintesis yang mempengaruhi faktor cahaya matahari, klorofil, air dan karbon dioksida. Proses fotosintesis adalah proses yang sangat penting untuk tumbuhan membesar dan menyalurkan oksigen kepada ruang udara di bumi. Eksperimen ini bertujuan untuk menunjukkan klorofil merupakan salah satu keperluan asas dalam proses fotosintesis. Proses klorofil hanya berlaku dengan kehadiran klorofil pada tumbuhan. Selepas eksperimen, tompok biru tua hanya kelihatan pada bahagian daun yang berwarna hijauyang menunjukkan kehadiran kanji pada helaian daun tersebut. 

Saturday, December 15, 2018

Mahasiswa petani minggu 8

Minggu jualan sayur

Pada minggu ini, kami diarahkan untuk menuai sayuran yang ditanam untuk dijual. Setelah berminggu-minggu menjaga dan menyiram tanaman yang ditanam, akhirnya tibalah masa untuk dituai dan dijual. Pada mulanya, puan Salina memberi pendedahan terlebih dahulu kepada kami berkenaan penuaian, pembersihan tanaman, pembungkusan serta penjualan. Cara-cara menuai tanaman juga diajar dengan cara yang betul agar tanaman tidak rosak untuk dijual.

Puan Salina mengarahkan kami untuk bekerjasama beramai-ramai dalam satu kelas untuk mempercepatkan perjalanan kerja. Kami membahagikan kerja mengikut kumpulan. Pada bahagian penuaian tanaman, penuaian perlu memilih tanaman yang betul betul subur dan tinggi. Terdapat pelbagai jenis tanaman yang ditanam iaitu bayam hijau, pak choy kerdil, bayam merah serta sawi hijau.




Seterusnya, pada bahagian pembersihan sayuran, pemilihan sayur yang elok dan tidak dimakan oleh ulat adalah penting. Sayuran perlu dibersihkan daripada tanah dari batas dengan bersih.




Selepas membersihkan sayuran, sayur tersebut perlu dibungkus untuk dijual. Proses pembungkusan dilakukan iaitu dengan menimbang sayuran pada 400 gram pada setiap bungkusan. Setiap bungkusan sayuran jenis bayam merah, sawi hijau dan pak choy kerdil dijual pada harga RM2 manakala bayam hijau dijual pada harga RM1.50 berikutan terdapat sayuran yang sedikit rosak dimakan oleh ulat.



Selesai membungkus sayur-sayuran organik tersebut, proses penjualan dijalankan di dalam kawasan UTM iaitu di fakulti pendidikan, Masjid Sultan Ismail serta Pusat Kesihatan Universiti (PKU).








Mahasiswa petani minggu 13

Pembersihan Batas Pada minggu ke 13, merupakan minggu gotong-royong kami sekelas. Kami dikehendaki untuk membersihkan kawasan batas masi...