Saturday, December 29, 2018

Mahasiswa petani minggu 13


Pembersihan Batas
Pada minggu ke 13, merupakan minggu gotong-royong kami sekelas. Kami dikehendaki untuk membersihkan kawasan batas masing-masing. Kesemua sungkupan batas juga perlu dibuka dan disimpan didalam stor. Setiap batas perlu lah dibersihkan tanpa ada sebarang bendasing.
Kepada batas-batas yang menggunakan papan untuk mengepung batas mereka perlulah dicabut semula dan disusun ditempatnya semula. Manakala batas-batas yang menggunakan batu-bata perlulah membuka kesemuanya dikumpul dan diangkut menggunakan kereta sorong untuk disusun ketempat asal.

Seterusnya melakukan proses pembersihan di tapak batas masing iaitu mengembur semula tanah sekiranya benih jagung tidak hidup. Tetapi sekiranya benih jagung mereka hidup, maka batas tersebut perlu dibersihkan dengan membuang segala rumpai dan meninggalkan anak pokok jagung sahaja. Rumpai-rumpai yang berada disekeliling batas juga perlu dibersihkan dengan menggunakan cangkul.



mahasiswa petani minggu 9

Assalamualaikum dan salam sejahtera ...

seperti biasa kami akan upadate perkembangan kami pada setiap minggu . Ok pada minggu ni kami sudah mula cuti pertengahan semester bagi semua pelajar UTM . Oleh itu, cuti pertengah semester kami dibekalkan dengan beberapa tugasan oleh DR Husna.  Antara tugasanya ialah jeng jeng jeng....

Tugasan cuti pertengahan semester : proses fisiologi tumbuhan (individu)
  •  fotosintensis
  • transpirasi 
  • translokasi
  • respirasi
  • penyerapan
Melalui tugasan ini kami diminta untuk melakukan satu video berdurasi max 3 minit berdasarkan proses fisiologi yang dipilih oleh setiap orang. 

Video ini dihasilkan oleh Hanisah Bt Abd Wahab yang melakukan penerangan mengenai 
  1. proses fotosintesis


Seterusnya, video yang dihasilkan oleh Umairah Nabihah binti Padli berkenaan 

Proses penyerapan




video ini dihasilkan oleh Siti Nurkhadijah bt Zainal berkenaan 

proses transpirasi


Akhirnya, video ini dihasilkan oleh MOHD ASRAF BIN AZIZAN berkenaan 

Proses Respirasi








Mahasiswa petani minggu 7


Assalamualaikum dan salam sejahtera
Seperti biasa, kami akan update perkembangan kami pada setiap minggu. Pada minggu ini kami diberi tugasan membuat cantuman baji dan tanam pokok bebawang. Cantuman baji adalah satu proses pembiakan tampang (vegetative) bagi tumbuh-tumbuhan yang sesuai dibiakkan dengan cara mengambil sebahagian tunas dari pokok induk yang digabung dengan pokok menanti. Pokok induk kami telah memilih pokok meranti manakala pokok menanti kami memilih pokok. Cara ini dilakukan bagi mempercepatkan kematangan pokok serta dapat menghasilkan kepelbagaian pokok.



Peralatan yang digunakan
  1.  Pisau 
  2.  Parafilm 
  3. plastik lutsinar 
  4. tali rafia 


Cara-cara membuat cantuman baji
  1.  Pilih ranting atau dahan yang lembut dan masih muda untuk dicantumkan pada pokok asal
  2. Kemudian ranting yang dipilih hendaklah dibuang daunya terlebih dahulu sebelum membuat cantuman. Jika ranting yang dipilih panjang potong dibahagian tengah
  3.   Setelah selesai potong, pangkal tunas pokok yang hendak dicantum dipotong secara menyerong tajam 
  4.  Sambungkan ranting yang hendak dipotong tadi ke bahagian pokok penati
  5. Kemudian balut bahagian cantuman tadi dibalut dengan parafilm
  6. Akhir sekali sungkupkan keseluruhan bahagian yang telah dicantum dengan menggunakan plastic lutsinar bagi mengelakkan dehydrating dan kemudian ikatkan dengan kemas menggunakan tali rafia pada hujung dahan. 

Tanaman bebawang

selain menggunakan kaedah cantuman baji, kami juga membuat kaedah tanaman bebawang


Pada minggu ini kami diarahkan oleh pensyarah kami untuk membawa pokok spider lily. Sekurang-kurangnya 1 pokok setiap seorang. Mengapa pokok spider lily dipilih ?. pokok spider lily dipilih kerana ia merupakan sejenis tumbuhan bebawang. Spider lily juga merupakan tumbuhan hiasan yang mempunyai bunga. Terdapat beberapa warna bunga spider lily antaranya ialah warna putih seperti ditunjukkan di dalam gambar. Spider-lily mempunyai bebawang yang besar.


Spider lily merupakan tumbuhan hiasan yang sangat cantik dan sangat senang ditanam. Bebawang adalah batang tumbuhan yang mempunyai ruas yang sangat pendek dan juga daun berlendair yang keluar dari bahagian buku. Anak-anak bebawang keluar daripada pangkalnya. 
Walaupun pembiakan ini mudah dilakukan, namun ia ada kekurangannya. Kekurangan pembiakan cara ini ialah benih tidak mudah diperolehi dan tumbuhan tidak boleh dibiakkan dalam kuantiti yang banyak.
Kaedah pembiakan tumbuhan hiasan dengan menggunakan organ tumbuhan :
Sediakan peralatan dan bahan seperti sekateur, pisau, sudip tangan, racun kulat, bekas semaian dan organ pembiakan yang sihat.

Sediakan medium semaian dengan nisbah 2:1:1. Masukkan campuran medium ke dalam bekas semaian dan ratakan.

Sekiranya size bebawang ini besar, maka satu bebawang spider lily boleh dikerat sehingga 4 bahagian. Sekiranya size bebawangnya kecil, maka hanya dibelah 2.
Syarat untuk mengerat atau membahagikan bebawang ialah pelajar perlu memastikan setiap bahagian keratan bebawang perlu mempunyai akar supaya tanaman ini berkesan dan hidup dengan subur.
Tumbuhan bebawang tidak memerlukan penggalak akar untuk menanamnya. Kerana ia sudah tersedia ada akar.
 
Semai keratan bebawang ke dalam bekas semaian dengan kedalaman sejengkal supaya ia kukuh dan ia tidak beralih apabila ditimpa hujan. Jarak semaian ialah 3 inci. 
Siram dan letak di bawah teduhan. Letakkan label (tarikh menyemai, nama tumbuhan dan nama murid).
Rekodkan tarikh bercambah, bilangan benih hidup dan mati
Ini merupakan tanaman bebawang oleh kesemua ahli kumpulan.
Pindahkan anak benih ke bekas lain setelah mempunyai 4 hingga 5 helai daun

Mahasiswa petani minggu 14

Assalamualikum dan salam sejahtera kepada pengunjung setia blog ni

Minggu ini merupakan minggu terakhir untuk kelas pembiakan dan pengurusan tanaman di ladang. Pada minggu ini kami semua telah diberi arahan untuk mencuci kawasan sekitar ladang, mengemas stor, mencuci lantai dan lain-lain lagi.

Di bawah ini disertakan gambar kerja-kerja yang dilakukan :








Mahasiswa petani minggu 11

Assalamualaikum dalam salam sejahtera kepada semua pengunjung blog ini .

Pada minggu ini, kami tidak menjalankan sebarang amali sebaliknya Dr Husna ingin menyambung kelas teori sebelum peperiksaan akhir semester. Sebelum kelas teori bermula Dr Husna menerangkan serba sedikit mengenai topik untuk menghadapi peperiksaan akhir semester bagi subjek Propagation and plant management. Dr husna ada memberi tips dan topik- yang perlu diberi perhatian untuk kami mengulangkaji semula apa yang telah diajar. Ok kelas teori pada minggu ini bertajuk asexual reproduction. Pembiakan aseksual merupakan pembiakan yang tidak melibatkan induk jantan dan betina. Mana-mana bahagian pada induk akan berkembang menjadi individu baru. Oleh itu, anak yang terhasil mempunyai ciri-ciri sama dengan induk disebut sebgagai klon. Antara kaedah penanaman aseksual ialah cantuman tut, cantuman baji, cantuman mata tunas dan cantuman sanding. 

Tujuan cantuman
Tujuan utama cantuman dilakukan adalah sebagai salah satu teknik pembiakan untuk menambahkan bilangan pokok dengan ciri-ciri yang dikehendaki pada pokok asal seperti saiz buah-buahan yang besar ataupun bunga yang banyak selain untuk membolehkan pokok buah-buahan berbuah pada umur yang muda. Selain itu, cantuman membolehkan pokok-pokok yang tak boleh tumbuh dengan keratan dan susah nak berakar dengan kaedah tut dibiakkan dengan kualiti yang sama dengan induknya.

1. Cantuman tut
Salah satu daripada kaedah pembiakan tampang dimana sebahagian daripada bahagian tumbuhan itu digunakan sebagai asas untuk pembiakan . Terdapat tiga jenis cantuman tut
  a ) cantuman tut udara
  B ) cantumana tut mudah lentur
  C ) cantuman tut membusut.

Berikut merupkan contoh cantuman tut.




2. Cantuman mata tunas
Cantuman mata tunas merupakan :
- teknik menyatukan bahagian-bahagian tumbuhan supaya ia tumbuh sebagai satu tumbuhan baru
- bahagian tumbuhan yang menjadi bahagian atas cantuman ialah tunas baka
- bahagian yang membentuk bahagian bawah atau akar ialah pokok penanti

Tunas baka : keratan batang pada bahagian kecil batang yang mengandungi satu mata tunas yang sihat dan segar
Pokok penanti : tumbuhan yang mempunyai sistem akar yang baik , subur dan sihat



3. Cantuman baji
Cantuman baji ialah kaedah mencantumkan pokok daripada pokok asal/induk untuk hasilkan pelbagai warna bagi pokok bunga atau dijadikan sebagai pokok tumpang,  kebiasaanya pokok yang menggunakan cantuman baji ialah pokok bunga boungainvilla , bunga raya , pokok jambu dan lain-lain lagi .



4. Cantuman sanding
cantuman sanding merupakan cantuman bagi pokok tunas baka dan pokok penanti yang bersebelahan dan dilakukan dengan melenturkan bahagian tunas baka kepada pokok penanti






Thursday, December 27, 2018

Mahasiswa petani minggu 12

Proses Fotosintesis

Fotosintesis merujuk kepada proses penukaran tenaga cahaya daripada matahari kepada tenaga biokimia. Tenaga kimia ini digunakan untuk pengikatan karbon. Proses ini dibantu oleh klorofil untuk menguraikan air kepada oksigen dan hidrogen. Oksigen akan dibebaskan sebagai bahan sampingan, sementara hidrogen akan digunakan untuk bertindakbalas dengan CO2 dan karbohidrat untuk menghasilkan gula (glukosa) dan hasil akhir fotosintesis.  
Proses fotosintesis penting bagi semua kehidupan disebabkan tumbuhan yang bergantung hidup kepada matahari ini akan menjadi makanan kepada haiwan dan manusia. Kepentingan fotosintesis adalah membekalkan makanan kepada semua organisma serta fotosintesis terlibat secara langsung dalam kitar karbon dan kitar oksigen yang membantu mengekalkan kandungan gas dalam udara.


Kajian Fotosintesis

Tujuan: Untuk menguji kehadiran kanji di dalam tumbuhan atau dedaun hijau.

Radas dan bahan:

Daun pokok warna hijau
Alkohol
Iodin
Air mendidih
Hot plate
Piring petri
Penitis
Bikar 500ml
Bekas air mendidih

Kaedah:
1. Dedaun dipetik daripada tumbuhan yang telah disinari cahaya matahari selama beberapa jam.
2. Daun diletakkan di dalam bikar yang dipenuhi dengan air didih selama 1 minit untuk membunuh dan melembutkan daun tersebut.


3. Sedikit alkohol dituangkan ke dalam bikar 500ml. Bekas bikar alkohol dibiarkan terendam dalam air panas. Kemudian rendamkan daun tersebut selama 5 minit dalam larutan alkohol.

4. Daun dialih keluar daripada alkohol selepas kira-kira 5 minit dan diperiksa sama ada daun tersebut telah dinyahwarnakan. Alkohol melarutkan klorofil tetapi tidak melarutkan kanji.



5. Daun tersebut dicelup ke dalam air panas selama 30 saat untuk melembutkannya semula,
6. Daun tersebut diletakkan pada piring petri dan dititiskan beberapa titik larutan iodin.



Pemerhatian direkodkan.

a) Warna asal iodin: Kuning keperangan.
b) Warna daun sebelum ujikaji: Hijau pekat.
c) Warna daun setelah diletakkan iodin: daun menjadi warna hitam dan terdapat tompok- tompok biru tua kelihatan yang menunjukkan kehadiran kanji pada daun.

ANALISIS:

1. Mengapakah larutan alkohol tidak boleh dipanaskan terus kepada api?
Alkohol merupakan salah satu bahan mudah terbakar, oleh itu alkohol tidak boleh dipanaskan terus pada api kerana ianya mudah terbakar.

2. Apakah kepentingan proses fotosintesis pada tumbuhan?
Proses fotosintesis memberikan makanan kepada tumbuhan serta membantu tumbesaran pokok.

3. Apakah tujuan;
a) Merebus daun: Membunuh sel dan melebutkan daun.
b) Mendidihkan daun dalam alkohol: Melarutkan klorofil dalam daun.

4. Nyatakan faktor-faktor yang diperlukan dalam proses fotosintesis.
i. Cahaya matahari
ii. Klorofil
iii. Air
iv. Karbon dioksida

5. Tuliskan persamaan fotosintesis.

6. Apakah klorofil? Apakah kegunaan klorofil kepada tumbuhan?
Klorofil merupakan pigmen fotosintesis yang dijumpai dalam tumbuhan. Klorofil berfungsi untuk menyerap cahaya dan memindahkannya melalui proses fotosintesis dalam tumbuhan.

7. Terangkan nilai tumbuhan kepada manusia.
Tumbuhan berperanan membekalkan udara yang bersih iaitu oksigen kepada manusia untuk melakukan respirasi. Selain itu, tumbuhan juga merupakan sumber makanan kepada manusia.


Pada kajian fotosintesis ini, perkara yang dapat disimpulkan adalah tumbuh-tumbuhan membuat makanan melalui proses fotosintesis yang mempengaruhi faktor cahaya matahari, klorofil, air dan karbon dioksida. Proses fotosintesis adalah proses yang sangat penting untuk tumbuhan membesar dan menyalurkan oksigen kepada ruang udara di bumi. Eksperimen ini bertujuan untuk menunjukkan klorofil merupakan salah satu keperluan asas dalam proses fotosintesis. Proses klorofil hanya berlaku dengan kehadiran klorofil pada tumbuhan. Selepas eksperimen, tompok biru tua hanya kelihatan pada bahagian daun yang berwarna hijauyang menunjukkan kehadiran kanji pada helaian daun tersebut. 

Saturday, December 15, 2018

Mahasiswa petani minggu 8

Minggu jualan sayur

Pada minggu ini, kami diarahkan untuk menuai sayuran yang ditanam untuk dijual. Setelah berminggu-minggu menjaga dan menyiram tanaman yang ditanam, akhirnya tibalah masa untuk dituai dan dijual. Pada mulanya, puan Salina memberi pendedahan terlebih dahulu kepada kami berkenaan penuaian, pembersihan tanaman, pembungkusan serta penjualan. Cara-cara menuai tanaman juga diajar dengan cara yang betul agar tanaman tidak rosak untuk dijual.

Puan Salina mengarahkan kami untuk bekerjasama beramai-ramai dalam satu kelas untuk mempercepatkan perjalanan kerja. Kami membahagikan kerja mengikut kumpulan. Pada bahagian penuaian tanaman, penuaian perlu memilih tanaman yang betul betul subur dan tinggi. Terdapat pelbagai jenis tanaman yang ditanam iaitu bayam hijau, pak choy kerdil, bayam merah serta sawi hijau.




Seterusnya, pada bahagian pembersihan sayuran, pemilihan sayur yang elok dan tidak dimakan oleh ulat adalah penting. Sayuran perlu dibersihkan daripada tanah dari batas dengan bersih.




Selepas membersihkan sayuran, sayur tersebut perlu dibungkus untuk dijual. Proses pembungkusan dilakukan iaitu dengan menimbang sayuran pada 400 gram pada setiap bungkusan. Setiap bungkusan sayuran jenis bayam merah, sawi hijau dan pak choy kerdil dijual pada harga RM2 manakala bayam hijau dijual pada harga RM1.50 berikutan terdapat sayuran yang sedikit rosak dimakan oleh ulat.



Selesai membungkus sayur-sayuran organik tersebut, proses penjualan dijalankan di dalam kawasan UTM iaitu di fakulti pendidikan, Masjid Sultan Ismail serta Pusat Kesihatan Universiti (PKU).








Mahasiswa petani minggu 10

Assalamualaikum dan salam sejahtera pengunjung setia blog ini

Pada minggu ini, kami telah membuat satu amali berkenaan kaedah cantuman tut. Apa itu kaedah cantuman tut? Kaedah cantuman tut merupakan salah satu kategori pembiakan tampang. Kaedah cantuman tut merupakan satu teknik pembiakan tanaman yang dilakukan pada dahan atau ranting pokok induk.

Kelebihan membuat cantuman tut ialah:

  • Tanaman baru yang dihasilkan akan lebih cepat matang 
  • Ciri pokok induk dapat diwarisi sepenuhnya. 

Namun terdapat juga kekurangan dalam kaedah cantuman tut iaitu:
  • Pokok akan mudah tumbang kerana tidak mempunyai akar tunjang
  • Tidak boleh dibiakkan dengan kuantiti yang banyak pada pokok induk
  • Memerlukan kemahiran membuat TUT
Sebelum memulakan kerja amali ini, seperti biasa Puan Salina akan menerangkan tentang kaedah melakukan cantuman tut. Antaranya ialah:

Medium pembiakan tanaman tut ialah:

  • Jeffy pallet. Medium ini perlu direndam dahulu di dalam air selama 1 jam terlebih dahulu
  • Peat moist. Peat moist dimasukkan sedikit air dan pastikan ia dapat dibentuk untuk memudahkan dilekapkan pada dahan atau ranting yang hendak di tut.
  • Menggunakan medium 3:2:1 (tanah loam: bahan organik: pasir) dengan dimasukkan sedikit air dan pastikan ia dapat dibentuk untuk memudahkan dilekapkan pada dahan atau ranting yang hendak di tut.
Bahan-bahan yang digunakan:
  • Gunting 
  • Pisau 
  • Tali rafia
  • Penggalak akar @ hormon pengakaran 
  • Plastik lut sinar

Langkah-langkah membuat tut:
  1. Memilih ranting @ dahan pokok yang sihat
  2. Membuat kelaran pada keliling dahan pokok tersebut
  3. Membuang kulit diantara kelaran dahan tersebut
  4. Mengikis lapisan kabium untuk mengelakkan kulit pokok bercantum semula
  5. Letakkan hormon penggalak akar pada bahagian atas kelaran
  6. Lekapkan medium pada kelaran dahan dan kejapkan medium tersebut
  7. Membalut medium dengan menggunakan plastik lut sinar
  8. Ikat kedua-dua bahagian plastik lut sinar tersebut menggunakan tali rafia. 




















Akhirnya ialah penjagaan dan pengubahan tut:

  • Tut akan berakar setelah beberapa minggu
  • Tut yang berjaya ditumbuhi akar perlu dipindahkan ke dalam polybag
  • Potong bahagian bawah tut tersebut
  • Tut yang dipindahkan mestilah ditanam dalam polybag yang mempunyai medium 3:2:1 untuk menggalakkan lagi pertumbuhan akar.



Wednesday, October 31, 2018

Mahasiswa petani minggu 6


Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada pengunjung setia blog ini.  Pada minggu ke-6 ini kami telah menjalankan satu amali tentang cara untuk membuat baja organik dengan menggunakan bahan-bahan yang diperlukan. Antara eksperimen yang dijalankan untuk melakukan baja organik ialah FAA(Fish Amino Acid), FPJ(Fermented Plant Juice), FFJ (Fermanted Fruit Juice), Kulit Telur(CaP). Selain itu, kami juga melakukan amali racun serangga organik. Sebelum memulakan amali ini kami telah diberi penerangan oleh Pn Salina terlebih dahulu tentang amali ini. Selepas itu, kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menyiapkan bahan-bahan yang diperlukan seperti ikan, pisang, bawang putih, sayur, cili dan lain-lain sebelum memulakan amali. Alhamdulillah, kami dapat menyiapkan semua eksperimen tersebut pada hari yang sama. Seterusnya, kami akan menerangkan langkah-langkah untuk membuat amali ini.


SPPL 1212: PEMBIAKAN DAN PENGURUSAN TANAMAN
AMALI BAJA ORGANIK
Pengenalan : Untuk mengkaji jenis unsur-unsur nutrient yang terdapat dalam baja organik.
Objektif : membuat empat jenis baja organik
FAA (Fish Amino Asid)
Bahan-bahannya:
1.      Gula merah (1kg) (dicairkan dengan 2000 Ml air)      landas cincang
2.      Isi ikan atau isa ikan                                                     pisau
3.      Botol plastik                                                                 mangkuk/besen
4.      Kertas putih A4                                                            mangkuk/cawan
5.      Pengikat
Cara-cara :
1.      Sisa atau isi ikan dipotong kecil bagi mempercepatkan proses fermantasi
2.      Campurkan berama gula merah atau molasses pada kadar nisbah 1:1 (80Ml)
3.      Masuk ke dalam bekas dan labelkan tarikh dan bahan dibuat serta tutup dengan kertas. Tutup dengan penutup botol. Jangan terlalu ketat. Dari semasa ke semasa atau selang 3 @ 4 hari, bahan peraman dikacau/goncang untuk mempercepatkan proses penapaian dan melepaskan gas hasil dalam proses penapaian ini.
4.      Baja ini siap dalam jangka 4 minggu dan jusnya ditapis. Jus ini dikenali sebagai FAA
Kaedah penggunaan:
1.      Jus yang ditapis dicampurkan pada kadar 5ml atau sudu besar ke dalam 5 liter air dan disiram kepada tanaman.
Nota : ikan yang sesuai ikan kembung, sardin, tenggiri dan tongkol

FPJ (Fermented Plant Juice)
Bahan-bahannya  :
1.      Gula merah (1 kg) (dicairkan dengan 2000 ml air)
2.      Sisa sayuran berdaun hijau
3.      Botol plastik
4.      Kertas putih A4
5.      Pengikat
Cara-cara :
1.      Sisa sayuran dipotong kecil bagi mempercepatkan proses fermentasi
2.      Campurkan bersama gula merah atau molasses pada kadar 1:1 (100ml)
3.      Masuk ke dalam bekas dan labelkan tarikh dibuat serta tutup dengan kertas. Tutup dengan penutup. Dari semasa ke semasa atau selang 3 @ 4 hari, bahan peraman dikacau untuk mempercepatkan proses penapaian dan melepaskan gas hasil daripada proses penapaian ini.
4.      Baja ini siap dalam jangka masa 2 minggu dan jusnya ditapis. Jus ini dikenali sebagai FPJ
Kaedah penggunaan :
1.      Jus yang ditapis pada kadar 5 ml atau satu sudu besar ke dalam 1 liter air dan disiram kepada tanaman

FPJ (Fermanted Fruit Juice)
Bahan-bahannya :
1.      Gula merah (1 kg) (dicairkan dengan 2000 ml air)
2.      Pisang masak. Jika boleh dapatkan kulit pisang yang telah hitam
3.      Botol plastik
4.      Kertas putih A4
5.      Pengikat
Cara-cara :
1.      Pisang dipotong kecil bagi mempercepatkan proses fermentasi
2.      Campurkan bersama gula merah atau molasses pada kadar nisbah 1:1 (100ml)
3.      Masuk kedalam bekas dan labelkan tarikh dibuat serta tutup dengan kertas putih kemudian penutup botol. Dari semasa ke semasa @ selang 3@4 hari, bahan peraman dikacau untuk mempercepatkan proses penapaian dan melepaskan gas hasil daripada proses penapaian ini.
4.      Baja ini siap dalam jangka masa 2 minggu dan jusnya ditapis. Jus ini dikenali sebagai FFJ
Kaedah penggunaan :
1.      Jus yang ditapis dicampurkan pada kadar 5ml atau satu sudu besar ke dalam 1 liter air dan disiram kepada tanaman.
Nota : buah-buahan yang masak dan manis seperti ciku, pisang, betik
Kulit telur (Cap)
Bahan-bahannya :
1.      Kulit telur yang telah dibasuh. Di keringkan dalam masa 5 minit.
2.      Cuka masak
3.      Botol plastic
4.      Kertas putih A4
5.      Pengikat
Cara-cara :
1.      Hancurkan kulit telur bagi mempercepatkan proses fermentasi. Sukat hasil kulit telur yang telah hancur
2.      Campukan bersama cuka dengan nisbah 1:10 (1 sudu besar)
3.      Masuk ke dalam bekas dan labelkan tarikh dibuat serta tutup dengan kertas dan ikat menggunakan gelang getah. Tutup dengan penutup botol. Jangan tutup terlalu ketat. Dari semasa ke semasa atau selang 3@4 hari bahan peraman dikacau/digoncang untuk mempercepatkan proses penapaian dan melepaskan gas hasil daripada proses penapaian ini.
4.      Baja ini siap dalam jangka masa 4 minggu dan jusnya ditapis

Kehadiran bau :
Hamis, hapak, hangit, hanyir, hancing, busuk, tengik masam.
Pemerhatian :
Hari /
Warna pemeraman
Kehadiran bau gas (ada/tiada)
Tarikh
FAA
FPJ
FFJ
CaP
FAA
FPJ
FFJ
CaP
1
coklat
Hijau coklat
Coklat keperangan
Coklat cair& buih
Busuk hanyir
daun
pisang
masam
2
coklat
Hijau coklat
Coklat keperangan
Coklat cair
Busuk hanyir
Sedikit
masam
masam
masam
3
coklat
Coklat cair
Coklat kehitaman
Coklat cair
Busuk hanyir
masam
masam
masam
4
Coklat gelap
Coklat
Hitam
jernih
Busuk hanyir
masam
masam
masam
5
Coklat kehitaman
Coklat
Hitam
jernih
masam
masam
masam
masam
6
Coklat kehitaman
Coklat
Hitam
jernih
masam
masam
masam
masam
7
Coklat kehitaman
Coklat
Hitam
jernih
masam
masam
masam
Sangat
masam
Analisis
1. Mengapakah botol / bekas perlu ditutup?
Bekas perlu ditutup kerana untuk mengelakkan serangan serangga seperti lalat yang boleh menyebabkan proses baja organik terganggu.
2. Apakah unsur utama yang terdapat dalam
a)      FAA: Nitrogen
b)      FPJ: Nitrogen
c)      FFJ: Kalium
d)      FPJ: Phosporus
3. Mengapakah gula merah digunakan dalam baja organik.
Gula merah digunakan dalam baja organik ialah disebabkan gula merah tersebut mempunyai nutrient yang membantu pembiakan bakteria dan mempercepatkan proses penguraian.
4. Pemeraman manakah yang menghasilkan perubahan bau masam paling awal?
CaP (kulit telur) menunjukkan bau masam yang paling awal
5. Pemeraman manakah berubah warna paling cepat?
FFJ (Fermented Fruit Juice) menunujukkan perubahan warna yang paling cepat .
6. Mengapakah cuka digunakan dalam pemerapan CaP.
Cuka digunakan untuk membunuh bakteria pada kulit telur .
7. Buah epal tidak boleh digunakan untuk membuat baja FFJ. Bincangkan mengapa?
Buah epal tidak sesuai digunakan untuk membuat baja FPJ kerana struktur epal keras  dan juga mengandungi asid yang melambatkan proses penapaian.
8. Ikan air tawar tidak sesuai digunakan untuk membuat baja FAA. Bincangkan mengapa?
Ini kerana ikan air tawar mempunyai kadar nitrogen yang rendah dan tidak sesuai untuk membuat baja.
9. Adakah proses penampaian memerlukan cahaya? Terangkan jawapan anda
Tidak. Ini kerana bakteria hidup dengan aktif dalam gelap dan boleh mempercepatkan proses penapaian.
10. Kesimpulan dan perbincangan hasil daripada FAA, FPJ, FFJ dan CaP.  
Kesimpulannya, kesemua proses membuat baja ini memerlukan kehadiran bakteria untuk mempercepatkan proses penapaian dan tidak perlu diletakkan di tempat bercahaya kerana bakteria sangat aktif dalam keadaan gelap. Setiap dari baja ini mempunyai unsur nutrient tersendiri yang baik untuk tumbesaran pokok tersebut.



AMALI RACUN ORGANIK.
Pengenalan : membuat racun organik untuk membunuh serangga perosak.
Objektif : menghasilkan racun organik.
Bahan dan peralatan.
1.bawang putih                  air hujan
2. cili padi                          blander
3. minyak masak                bekas/mangkuk
4. sabun pencuci                 pisau
5. botol dan penutup

Bahan A (kisar)
Bawang putih
Cili padi – 6 biji
Air hujan – 300ml (satu cawan biasa)
Setelah kisar semua bahan A, peram selama 24 jam

Bahan B
Minyak masak (apa-apa jenis minyak pun boleh) - 1 sudu makan
Sabun pencuci pinggan (tak kisah apa pun)- 1 sudu teh
Alat:
Penapis                                        Botol penyembur (1.5l)
Cara :
1.      Tapis bahan A dan ambil patinya. Hampas kisaran boleh dibuang pada pangkal pokok untuk dijadikan baja.
2.      Simpan pati di dalam bekas dan masukkan ke dalam peti ais untuk tahan lama
3.      Masuk 100 ml pati dan bahan B ke dalam penyembur
4.      Isi air penuh botol penyembur (1.5l)
5.      Goncang sehingga semua bahan sebati
6.      Sembur sampai basah daun terutama bawah dengan kadar tiga hari sekali pada pokok bermasalah
Pemerhatian.
1.      Nyatakan perubahan warna dan bau pada racun buatan anda
Hari
Perubahan warna
Perubahan bau
1
Jernih, perang kemerahan
Masam dan pedih
2
Perang gelap
Masam dan tengik
3
Perang gelap
Masam dan tengik
4
Perang gelap
Masam dan tengik
5
Perang coklat
Masam, tengik dan busuk
6
Perang coklat
Masam, tengik dan busuk
7
Perang coklat
Masam, tengik dan busuk


Analisis:
1.      Mengapakah air hujan digunakan dalam pembuatan racun organik.
Air hujan digunakan kerana tidak mempunyai klorin dan bersifat neutral.
2.      Apakah bahan lain yang boleh diganti dengan :
a)      Bawang putih - serai
b)      Cili padi – halia, lada hitam
3.      Apakah fungsi bahan berikut ketika membuat penyemburan.
a)      Minyak masak – minyak masak digunakan semasa semburan untuk memastikan racun melekat pada daun dan memberi kesan yang baik untuk mencegah kehadiran serangga.
b)      Sabun pencuci – sabun pencuci bertindak sebagai ejen pembunuh serangga kerana apabila serangga tersebut terkena semburan ia boleh larut terus pada kulit serangga dan mematikannya.
4.      Apakah langkah-langkah keselamatan ketika menggunakan racun serangga.
a.       Bancuh racun serangga dengan sukatan yang betul
b.      Pastikan botol semburan tidak bocor dan isi racun dengan berhati-hati
c.       Memakai cermin mata, penutup muka dan hidung (mask) dan sarung tangan semasa melakukan proses penyemburan.
d.      Elakkan meracun melawan arus angin
e.       Cuci dengan air putih sebanyak mungkin jika terkena racun pada kulit badan
f.        Cucikan diri setelah selesai meracun

5.      Kesimpulan dan perbincangan
Kesimpulannya, racun organik merupakan racun yang selamat berbanding racun kimia dari segi keselamatan dan kesihatan manusia yang menggunakan racun untuk tanaman. Selain itu, racun organik juga merupakan ejen pembunuh yang baik untuk membunuh serangga perosak.


Jika pokok tiada masalah serangga, sembur juga sebagai kawalan.
Cuma sedikit peringatan, sembur sikit dahulu pada satu pokok. Ini kerana apabila sembur ramuan racun organik ini pokoknya menjadi layu. Jika pokok layu, terus basuh dengan air biasa sehingga hilang cecair racun organik ini pada pokok.

Mahasiswa petani minggu 13

Pembersihan Batas Pada minggu ke 13, merupakan minggu gotong-royong kami sekelas. Kami dikehendaki untuk membersihkan kawasan batas masi...